Sunday, May 26, 2013

Latihan 2


1. Doti merupakan pakaian tradisional bagi kaum_______?

A. Cina
B. Melayu
C. India

2. Antara berikut, yang manakah bukan makanan tradisional bagi kaum Cina?

A. Dim sum
B. Kuih bulan
C. Vadai

3. Kaum India meraikan perayaan ____________.

A. Hari Raya Aidilfitri
B. Deepavali
C. Pesta Kuih Bulan

4. Salah sejenis pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum India ialah ______________.

A. Sari
B. Baju kurung
C. Jubah

5. Ketupat boleh dilihat semasa perayaan ____________.

A. Hari Raya Aidilfitri
B. Deepavali
C. Pesta Kuih Bulan

6. Kaum Melayu suka makan _________________.

A. Nasi Daun Pisang
B. Nasi lemak
C. Kuih bulan

7. Ibadah korban dijalankan semasa perayaan _________.

A. Hari Raya Aidilfitri
B. Hari Raya Aidiladha
C. Hari Ramadhan

8. Semasa perayaan ______________, kita dapat menyaksikan persembahan Tarian Naga.

A. Pesta Kuih Bulan
B. Deepavali
C. Tahun Baru Cina

9. Perarakan membawa kavadi boleh dilihat semasa perayaan ____________.

A. Deepavali
B. Thaipusam
C. Pesta Kuih Bulan

10. Salah sejenis benda yang boleh dilihat semasa Tahun Baru Cina ialah ___________.

A. Angpao merah
B. Angpao hijau
C. Ketupat

Saturday, May 25, 2013

Latihan 1

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan dengan membulatkan pilihan jawapan yang betul.

1. Manakah antara berikut  merupakan sumber tenaga ?
A. Bijih timah
B. Batu arang
C. Air hujan
D. Tanah-tanih

2. Semua yang berikut adalah sumber yang boleh dibaharui kecuali
A. ikan
B. tanah
C. matahari
D. emas

3. Bahan-bahan berikut  diperlukan untuk membuat barangan di atas :
I. besi
II. getah
III. kayu
IV. batu

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

4. Negeri-negeri berikut mengeluarkan petroleum di Malaysia kecuali
A. Sabah
B. Sarawak
C. Terengganu
D. Johor

Hasil hutan  dan  kayu balak,  damar dan hutan

5. Pernyataan di atas adalah mengenai hutan
A. belukar
B. khatulistiwa
C. gunung
D. paya bakau

6. Hasil laut yang digunakan untuk membuat budu ialah
A. udang
B. kerang
C. ketam
D. ikan bilis

7. Agensi utama yang terlibat dalam usaha penghutanan semula ialah
A. Jabatan Perhutanan Semula
B. Unit Perancang Hutan
C. Institut Pemulihan dan Perhutanan Malaysia
D. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

8. Cara menangkap ikan yang tidak sesuai  digunakan  di pantai  timur Semenanjung Malaysia ialah
A. jala
B. pukat tarik
C. kelong
D. pukat tunda

9. Keadaan  berjerebu  disebabkan  oleh
A. pencemaran air
B. pencemaran bunyi
C. pencemaran udara
D. pencemaran laut

10. Hasil eksport Malaysia yang paling utama ialah
A. getah
B. kelapa sawit
C. petroleum
D. barangan kilang

Saturday, May 11, 2013

Aktiviti Dalam Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah


AKTIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Dalam isi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah terdapat empat bidang kegiatan ia itu:

1. MENGGAMBAR 

  • Catan
  • Lukisan
  • Resis
  • Capan 
  • Cetakan
  • Kolaj
  • Mozek
  • Percikan
  • Gosokan
  • Montaj
  • Poster
  • Gurisan
  • Stensilan

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

  • Corak Tidak Terancang:
  • Pualaman
  • Tiupan
  • Titisan
  • Ikatan dan celupan
  • Renjisan dan percikan
  • Corak Terancang
  • Lukisan
  • Catan
  • Mozek
  • Cetakan
  • Capan
  • Lipatan dan guntingan
  • Resis
  • Kolaj
  • Kaligrafi

3.  MEMBENTUK DAN MEMBUATN BINAAN

  • Arca
  • Asemblaj
  • Mobail
  • Stabail
  • Model
  • Diorama
  • Boneka
  • Topeng
  • Origami

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL

  • Alat domestik
  • Alat permainan
  • Alat pertahanan diri
  • Perhiasan diri (ornamen)
  • Batik
  • Tekat
  • Ukiran
  • Tenunan
  • Anyaman
  • Tembikar


Thursday, May 9, 2013

It's Really All About Food - Sekinchan

It's Really All About Food: Savouring Sekinchan - Part 1   

Young News Network spent a day in Sekinchan to discover there's more to the quiet town than just lush green padi fields and seafood. Moving from the fields to the jetty, the attractions they found, it's really all about food.

It's Really All About Food: Savouring Sekinchan - Part 2


A "one-day-trip" travel to explore the beauty of Sekinchan, a small town located in the state of Selangor, Malaysia, with friends.

It's Really All About Food: Savouring Sekinchan - Part 3


Young News Network (YNN) joined the local folks in Sekinchan in a favourite pastime eel fishing. They also visit orchards that produce Jambu air and ciku of extra large sizes.


Shot & Edited By:
Simplicity Production

Music Credits:
Just The Way You Are - Bruno Mars
(Instrumental Version)

2012 Simplicity Studio, ALL RIGHTS RESERVED.

I Love Sekinchan

I Love Sekinchan




Wednesday, May 8, 2013

Sejarah - SEKINCHAN(2)





Sekinchan juga merupakan tempat pelancongan



Sebuah tempat yang unik, penuh dengan hasilan pertanian dan perikanan.





Sekinchan Makanan dan buah-buahan



Tuesday, May 7, 2013

Sejarah - SEKINCHAN(1)

Sejarah - Sekinchan(1)

Pasti ramai tahu mengenai kawasan ini apabila mendengar namanya, namun jika ditanya maksud nama berkenaan, sudah tentu ramai tertanya-tanya.

Terletak di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, pasti ramai beranggapan nama berkenaan merujuk kepada perkataan Jawa berikutan rata-rata penduduk di sana berketurunan Jawa.
Namun, sebenarnya ramai tidak tahu bahawa perkataan Sekinchan sebenarnya tidak ada dalam mana-mana kamus bahasa di dunia. 

Menurut Ketua Kampung, Selamat Buryani, 64, lucunya nama Sekinchan sebenarnya diambil daripada pelat Cina yang merujuk kepada perkataan ‘second chance’ yang bermaksud pilihan kedua. 

Katanya, ini kerana kawasan berkenaan dibuka ketika zaman keganasan komunis dan kebanyakan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberi pengampunan dan pilihan kedua oleh British untuk keluar daripada parti komunis. 

“Sebenarnya kawasan ini majoriti dulunya dihuni kaum Cina. Namun, ketika darurat di Tanah Melayu sekitar 1946 hingga 1960, lokasi ini menjadi satu laluan dan tumpuan mereka.

“Ini kerana banyak komunis yang datang, khususnya dari Perak, menjadikan lokasi ini sebagai kawasan untuk mendapatkan bekalan makanan daripada penduduk dan kerana itu juga, tempat ini memang turut menjadi antara kawasan hitam ketika itu,” katanya. 

Berikutan itu, berlaku banyak peristiwa membabitkan keganasan komunis di mana ada penduduk turut dibunuh manakala wanita dilarikan. 

Disebabkan kekerapan komunis menyerang kawasan itu, ramai penduduk dihasut untuk menyertai kumpulan berkenaan di mana ada antaranya bertindak sebagai ‘mata-mata’ komunis selain menghantar bekalan makanan kepada mereka. 

Keadaan berkenaan menyebabkan British yang memerintah Tanah Melayu ketika itu mengambil keputusan membina kem pengasingan dan kem pemulihan bagi memantau keselamatan dan kegiatan penduduk. 

“Tidak silap saya, di sini saja tiga kem pemulihan dan pengasingan dibina bagi menempatkan penduduk Cina. 

“Langkah itu dibuat British setelah ramai penduduk pada waktu itu dikesan menjadi tali barut komunis kerana ada yang membekalkan makanan selain menjadi pengintip pengganas,” katanya. 

Ternyata, usaha itu berjaya menyekat komunis daripada bermaharajalela di kawasan Kuala Selangor apabila sedikit demi sedikit mula mengundur ke utara tanah air. 

Ini kerana, sepanjang mengikuti tempoh berkurung itu, penduduk hanya dibenarkan keluar pada waktu siang sama ada untuk membeli makanan atau bekerja.

Disebabkan barangan keperluan makanan dicatu, kumpulan komunis mula merasakan untuk mendapatkan bekalan hingga akhirnya mereka mengundur ke Perak,” katanya. 

Menurut Selamat, sepanjang tempoh keganasan komunis hingga tamatnya darurat, kedatangan penduduk luar, khususnya kaum Cina, pasti menarik perhatian penduduk tempatan. 

“Dulunya, jika ada orang tak dikenali datang ke kawasan sekitar Kuala Selangor, khususnya kaum Cina, penduduk pasti bertanya asal mereka. Bukan apa, ia untuk memastikan mereka bukan tali barut komunis yang mungkin ada niat jahat. 

“Jika mereka sebut Sekinchan (second chance), kami tahu mereka adalah penduduk yang diletakkan dalam kem tahanan itu. Lama-lama, perkataan itu melekat di bibir penduduk hinggalah kawasan berkenaan kekal disebut Sekinchan hingga ke hari ini,” katanya. 

Sebagaimana kawasan lain, Sekinchan juga tidak lari daripada arus pembangunan semasa. Jika dulu ia bagi menempatkan kem tahanan sementara, kini Sekinchan menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Sabak Bernam yang membabitkan lima perkampungan iaitu Kampung Pasir Panjang, Kampung Baru Sekinchan, Kampung Sungai Leman, Kampung Parit Empat dan Kampung Baru Sentosa

Sunday, May 5, 2013

Tourism Malaysia - Malaysia Truly Asia Song


MALAYSIA TRULY ASIA

You'll love Malaysia now and forever
Different races everywhere
The soul of Asia is surely here
This beautiful Malaysia

You'll love thecolours of Malaysia
Where the sun loves to shine
On sandy beaches and clear waters
With smiles of friendly races

Diss land so beautiful
It stills your heart away
Diss land is paradise
Only a smile away

The soul of Asia
The essence of Asia
In thisland where dreams come true
Malaysia

Malaysia is truly Asia
People smiling everywhere
Showing you how much they care
Welcome to Malaysia

The soul of Asia
The essence of Asia
It's truly Asia
Malaysia truly Asia
Malaysia 

ITS VERY TRUE!
THE LYRICS SPEAK FOR THEMSELVES 
IT IS SO BEATIFUL!
LOVE THE RHYTHM!

Tourism Malaysia - Cuti Cuti Malaysia


Cuti Cuti Malaysia

Cuti Cuti Malaysia 

Malaysia yang kupuja 
Di desa juga di kota 
Mari nikmati semua 
Cuti-cuti Malaysia 

Pohon pohon melambai 
Terkenang desa nan permai 
Keluarga sahabat handai 
Mari beramai-ramai 

Cuti-cuti Malaysia 
Cuti rakan sekerja 
Murid-murid ikut semua 
Cuti dalam negara 

Cuti-cuti Malaysia 
Cuti sehatkan diri 
Meningkat produktiviti 
Semua ada di sini 

Keluarga mertua gembira 
Dibawa cuti bersama 
Mari sandarkan rupa 
Budaya diperkaya 

Marilah bergembira 
Cuti rehatkan minda 
Semuanya kita ada 
Malaysia mempeson

Saturday, May 4, 2013

Sejarah - Pakaian Kaum di Malaysia


Sejarah - Pakaian Kaum di Malaysia
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional, makanan dan budaya masing-masing.

Mari kita melihat pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Kaum Melayu lelaki memakai baju Melayu. Manakala kaum Melayu perempuan pula memakai baju kurung.

Pakaian tradisional bagi kaum Cina lelaki ialah samfu. Manakala pakaian tradisional bagi kaum Cina perempuan ialah ceongsam dan jubah panjang.

Kaum India lelaki memakai doti. Manakala kaum India perempuan pula memakai sari.


Gambar-gambar di atas menunjukkan pakaian tradisional tiga kaum terbesar di Malaysia. Pakaian setiap kaum mempunyai corak dan ciri istimewa tersendiri yang mewakili kaum mereka. Budaya ini masih diwarisi hingga kini.


Friday, May 3, 2013

Sejarah - Kaum-kaum di Malaysia

Sejarah - Kaum-kaum di Malaysia
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.
Orang Malayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew dan lain - lain 

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Thursday, May 2, 2013

Sejarah - Bangunana di Malaysia

Malaysia Bangunan
Ini merupakan senarai pencakar langit di Malaysia. Bangunan-bangunan ini disenarai mengikut urutan ketinggian struktur.